4 JENIS FILEM ‘TINT’ DI MALAYSIA.

Terdapat pelbagai kegunaan bagi tinted kereta cermin gelap. Tinted kereta cermin gelap ialah satu cara yang jimat, menarik dan mudah untuk meningkatkan kualiti bahagian dalam kereta. Tinted kereta cermin gelap bukan sahaja boleh mengurangkan silau, ia juga membantu meningkatkan privasi tanpa mengganggu pemandangan di bahagian dalam kereta. Walaupun begitu, tidak semua jenis tinted kereta boleh memberikan kebaikan sebegitu. Terdapat pelbagai jenis filem tinted kereta dan setiap darinya mempunyai ciri dan kualiti bahan yang berlainan. Di bawah adalah jenis tinted yang ada:

 

  1. ‘Tint’ cermin yang dicelup. (Dyed Film

    a.
    Tinted kereta cermin gelap ini adalah salah satu jenis ‘tint’ yang paling murah dipasaran dan semestinya lebih kurang kualiti berbanding ‘tint’ cermin jenis yang lain. Ia menghalang sinaran menggunakan warna yang dicelup itu. Dalam ‘tint’ sebegini, ‘dye’ atau pewarna diletakkan ditengah, diantara filem dan gam yang kemudiannya dipasangkan di tingkap kenderaan. Kegunaannya terhad kepada privasi dan penampilan sahaja.

  2. Filem yang berlogam. (Metalized Film)

    Tinted kereta cermin gelap jenis ini mempunyai beberapa lapisan. Lapisan paling asas pelekat mencantumkan setiap lapisan yang mana mempunyai pelbagai kegunaan. Terdapat lapisan yang menghalang sinar UV dan radiasi kemudian lapisan yang memantulkan haba dan menggelapkan cermin memberikan kesan sejuk di dalam kenderaan dan disertai dengan lapisan berlogam yang mencegah calar.

  3. Filem ‘Hybrid’.

    Filem ‘Hybrid’ menggabungkan kelebihan kedua-dua filem berlogam dan filem Ceramic. Filem jenis ini mempunyai gabungan lapisan yang melekatkan, satu lapisan ‘tint’ ceramic dan satu lapisan berlogam yang membuatkan bahagian dalam kenderaan tidak panas pada musim panas dan suam ketika musim sejuk.

  4. Filem Ceramic.

    Filem tinted kereta cermin gelap jenis ini adalah salah satu jenis filem yang terbaru dihasilkan. ‘Tint’ jenis ini memantulkan haba dan menggelapkan cermin. Bagaimanapun, pemandangan dari dalam tidak terganggu.

Ini adalah jenis-jenis tinted yang ada dan mudah diperolehi di Malaysia.

Search

z