8 KELEBIHAN ‘TINT’ CERMIN GELAP KERETA

Terdapat pelbagai kelebihan menggunakan tinted kereta cermin gelap. ‘Tint’ kereta merupakan pilihan yang mampu milik untuk mencantikkan lagi kereta anda. Berikut adalah 8 kelebihan tinted kereta cermin gelap yang anda perlu tahu.

 

  1. MENGELAKKAN KECURIAN

    Potensi cermin kenderaan untuk dipecahkan adalah tinggi sekiranya pencuri dapat melihat bahagian dalaman kereta lebih-lebih lagi sekiranya anda tertinggal barangan berharga di dalam kereta anda. Jika pencuri tidak dapat melihat ke dalam kereta anda, potensi cermin untuk dipecahkan adalah lebih rendah.

  2. PEMANDUAN YANG SELAMAT

    Tinted Kereta cermin gelap sebenarnya membuatkan kereta anda lebih selamat. Ia dapat membantu mengelakkan cermin yang berkecai terkena pemandu dan penumpang kenderaan. Secara tak langsung ia membantu membuatkan cermin kereta anda lebih utuh. Selain itu, calar atau kesan batu yang kecil tidak mudah merebak.

  3. MENGHALANG SINAR UV BERBAHAYA.

    Sinar UV mampu membahayakan kulit anda serta bahagian dalam kereta anda. Dengan menggunakan ‘tint’, ia mampu membantu menghalang 99% sinar UV yang boleh mengakibatkan selaran matahari.

  4. MELINDUNGI UPHOLSTERI KENDERAAN

    Selain merosakkan kulit anda, sinar UV juga boleh membuatkan hiasan dalaman kereta anda cepat pudar. Dengan filem yang mampu memantulkan sinar UV yang tinggi, ia mampu membantu menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang selain mengekalkan warna hiasan dalaman kereta anda.

  5. PRIVASI

    Sudah menjadi lumrah manusia suka melihat keadaan sekeliling. Namun, terkadang, pandangan yang sekilas itu mampu bertukar menjadi renungan yang lama. Dengan menggunakan tinted kereta cermin gelap, privasi anda akan lebih terpelihara dan tiada lagi renungan tajam ketika lampu trafik merah!

  6. SESUAIKAN PENGALAMAN PEMANDUAN. 

    Tahukah anda, tinted kereta cermin gelap datang dalam pelbagai warna dan kegelapan? Anda boleh memilih sendiri warna serta kegelapan yang anda mahukan sesuai dengan gaya anda!

  7. MENGURANGKAN PENGALIRAN PENDINGIN HAWA.

    Apabila anda memasang pendingin hawa sebaik sahaja masuk ke kereta setelah lama diparkir di tengah panas, pastinya ia akan membuatkan prestasi kereta anda berkurang dan ia akan mempengaruhi penggunaan minyak. Cermin yang di ‘tint’ mengurangkan penggunaan pendingin hawa.

  8. MENINGKATKAN PENGLIHATAN.
         Dengan menggunakan tinted kereta cermin gelap, cermin anda akan          kurang silau secara tidak langsung mengurangkan risiko kemalangan akibat silau.

Search

z